
SIMPANAN EMAS PATUH SYARIAH
Public Gold menawarkan pelaburan dan pembelian emas yang patuh syariah, memastikan setiap transaksi mematuhi prinsip-prinsip Islam.
APA ITU AKAUN EMAS GAP PUBLIC GOLD
Akaun Emas GAP Public Gold membolehkan pembelian emas tanpa simpanan fizikal, tanpa kos penyimpanan, dan boleh ditebus atau dijual pada bila-bila masa. Sesuai untuk pelaburan dengan modal kecil!
KELEBIHAN AKAUN PUBLIC GOLD (GAP)
Pendaftaran akaun adalah percuma
Boleh menyimpan serendah rm100
Tiada komitmen bulanan
Boleh klaim emas fizikal terus ke rumah
EMAS PUBLIC GOLD
CARA MUDAH BELI EMAS

[1] BELIAN BIASA (ONLINE)
Beli dan bayar secara online, kemudian ambil emas di cawangan Public Gold terdekat atau poskan terus ke rumah.

[2] AKAUN EMAS GAP (ONLINE)
Beli dan simpan dalam akaun Public Gold secara percuma, minimum belian RM100 atau 1 gram. Kumpul sedikit demi sedikit, dan boleh keluarkan emas itu (untuk disimpan sendiri).
3 Cara Pembelian Emas Public Gold GAP
1.AKAUN EMAS GAP

Sesuai bajet bawah RM1,000, serendah RM100. Tiada komitmen dan caj simpanan. Boleh tebus emas fizikal sekecil item 1 gram.
2.BAYARAN PENUH

Sesuai bajet lebih RM1,000. Buat bayaran penuh, emas simpan sendiri. Item sekecil 1 dinar (4.25 gram).
3.EASY PAYMENT PURCHASE (EPP)

Sesuai untuk paksa diri simpan emas. Bajet serendah RM200 sebulan, 6 kali bayaran (EPP6). Dapat emas setelah selesai bayaran.
Testimoni
KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS
Emas sesuai dijadikan simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas. Selain nilainya terjamin, ini antara kelebihan menyimpan emas:
- Tidak Terkesan Dengan Inflasi, Ketidakstabilan Ekonomi / Politik
- Jumlah Simpanan Berganda Dengan Cepat (Magnet Kekayaan)
- Mudah Diwariskan Jika Berlaku Kematian
- Duit Simpanan Tak Bocor (Kalis Boros)
- Diterima Seluruh Dunia dan Mudah Dibawa
- Mudah Ditukar Kepada Tunai Bila Terdesak (Pajak / Jual)

Transaksi Di Hujung Jari
Anda boleh beli emas 100% secara online, 24 jam sehari, walaupun anda tinggal di mana sahaja seluruh dunia.

Disahkan Patuh Syariah
Jual beli tanpa was-was. Transaksi jual beli telahpun disahkan patuh syariah oleh firma syariah terkemuka, iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.

Delivery Emas Berinsuran
Tak perlu keluar rumah. Public Gold menyediakan servis pos emas berinsuran terus kepada anda melalui servis GIT (Gold-in-Transit).

Simpan Emas Percuma
Tak perlu bimbang untuk simpan emas sendiri. Public Gold menyediakan fasiliti simpanan emas percuma melalui Akaun Emas GAP.

Jaminan Beli Balik
Public Gold jamin beli balik emas keluarannya pada harga tinggi, walaupun kondisi emas tersebut calar, kemek ataupun bengkok.

Harga Lebih Rendah
Harga kami lebih rendah berbanding harga yang dijual di kedai-kedai emas. Ini kerana anda membeli terus daripada Public Gold (kilang emas).
Soalan Lazim
Barang kemas, gold bar, ataupun dinar, yang mana lebih baik?
Sama sahaja antara gold bar dan dinar dari sudut potensi keuntungan. Harga per gram sama, spread (‘susut nilai’) sama, ketulenan pun sama (ketulenan 999.9).
Bezanya cuma bentuk bulat & segi empat saja. 1 dinar beratnya 4.25 gram.
Bila waktu terbaik beli emas?
Waktu terbaik ialah bila ada duit untuk simpanan sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas, dan sudah faham perkara paling asas tentang emas.
Jangan tunggu harga terbaik, sebab tak siapa tahu bila harga emas paling rendah, kecuali harga tersebut sudahpun jadi sejarah.
Dalam jangka pendek, harga emas memang ada turun naik. Tapi dalam jangka panjang, harga emas confirm akan naik disebabkan kuasa beli duit kertas yang sentiasa merosot.
Untuk faham harga emas tinggi rendah, mulakan dulu dengan belian pertama sekurang-kurangnya 1 gram untuk dijadikan sebagai benchmark.
Selagi emas fizikal ada di tangan, dan kita beli untuk simpanan jangka panjang, risiko kerugian sangat tipis.
ASB, Tabung Haji, atau emas, yang mana lebih baik?
Untuk simpanan jangka pendek (kurang 2 tahun), ASB atau Tabung Haji lebih baik. Pulangannya konsisten sekitar 4% – 5% setahun.
Tapi untuk jangka panjang, emas lebih baik. Nilainya lebih terjamin dan tak terjejas walauapapun keadaan ekonomi atau politik sesebuah negara.
Walaupun harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, tetapi sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata sekitar 10% setahun. Harga emas confirm akan naik dalam jangka panjang disebabkan faktor inflasi dan kejatuhan ringgit.
Duit simpanan jangka pendek, simpanlah dalam ASB atau Tabung Haji. Untuk jangka panjang, simpanlah dalam bentuk emas.
Berapa bajet paling minimum untuk memulakan simpanan emas?
Dengan Public Gold, boleh mula menabung emas dengan bajet serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP. Dan boleh tambah tabungan pada bila-bila masa dengan bajet RM100 setiap kali belian.
Tidak ada syarat wajib beli setiap bulan.
Item paling kecil boleh dikeluarkan dari Akaun GAP ialah gold bar 1 gram (berketulenan 999.9) pelbagai design.
Details
Emas fizikal atau Akaun Emas GAP, yang mana lebih baik?
Simpanan emas terbaik ialah emas fizikal yang ada di tangan kita sendiri. Ia lebih terjamin.
Cuma untuk pastikan kita menabung secara KONSISTEN, saya lebih suka Akaun Emas GAP. Ia lebih mudah, dan lebih fleksibel.
GAP juga emas fizikal. Kita boleh menabung dengan bajet serendah RM100. Bila cukup gram dan nak keluarkan emas fizikal untuk simpan sendiri, boleh minta Public Gold poskan pada bila-bila masa.
Berapakah jumlah emas yang dikenakan zakat?
Emas simpanan dikenakan zakat 2.5% sekiranya cukup 85 gram (bersamaan 20 dinar), dan disimpan untuk tempoh minimum 1 tahun (berdasarkan kalendar hijrah).
Barang kemas juga dikenakan zakat sekiranya jumlah emas tersebut melebihi uruf yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam (mengikut negeri masing-masing).
Maklumat lanjut tentang cara pengiraan zakat, sila rujuk di https://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-emas
Bolehkah beli terus secara walk-in di branch Public Gold terdekat?
Public Gold tak terima belian secara walk-in.
Untuk keselesaan hampir 1 juta pelanggan, branch Public Gold hanya berikan servis untuk pelanggan yang nak collect item emas bersaiz besar (yang tidak boleh dihantar melalui GIT i.e. pos berinsuran), iaitu item 50 gram / 10 dinar (42.5 gram) ke atas.
Untuk datang collect emas, kena order, buat pembayaran, dan appointment terlebih dahulu.
Untuk item kecil (item 5 dinar / 20 gram ke bawah), Public Gold akan pos terus dari HQ Penang menggunakan servis Gold-in-Transit (GIT).
Kalau pemilik Akaun GAP meninggal dunia, macam mana cara nak tuntut emas tersebut?
Ahli waris kena datang ke branch Public Gold terdekat, serahkan dokumen berikut:
- Surat Kematian
- Surat kuasa pentadbir harta pusaka dari mahkamah
- IC pewaris
- Surat pengesahan hubungan dengan si mati i.e. Sijil Nikah, Sijil Kelahiran
Public Gold ikut prosedur biasa urus harta si mati, sama macam duit dalam akaun bank.
About Public Gold
Public gold now is the largest Physical Gold Bar Trading company in Malaysia with 24 hours X 7 days on-line , Its hassle FREE. Public gold specialised in Investment Precious Metal (IPM) with 150 to 300 employee in Malaysia , Singapore and Indonesia and more than 1,400,000 customer base.
Why Public Gold?
To date Public Gold can be considered as World’s FIRST Physical Gold Trading Platform with Shariah Compliant. Public Gold offers a platform to buy and sell 100% Physical Gold & Silver on-line 24/7 . Today Public Gold business already 10 years with solid organization.
Address
Plot 21, Technoplex, Medan Bayan Lepas, Taman Perindustrian Bayan Lepas, Phase IV 11900 Penang Island, Penang, Malaysia.
With 17 Branches in Kedah, Penang, Perak, Selangor, KL, Kelantan, Terengganu, Pahang, N.Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak & Sabah.